Monday, October 31, 2011

BANTULAH ADIK IMAN SYAFIQ

As'salam.....Hari ini sue nak buat special entry bagi memohon bantuan belas ihsan semua Blogger2 dan semua yang membaca entry ini....


Ini adalah Baby Iman Syafiq yang baru sahaja berusia sebulan, dia adalah anak ke5 kepada kawan baik saya Norhayama Ramli. Beliau bekerja sebangai pembantu makmal civil engineering di Universiti Teknologi Petronas (UTP) manakala suaminya bekerja sebagai pemandu bas. Iman telah dilahir dengan sebahagian Usus dan Hatinya terkeluar dari perut. Setelah sebulan berada di HKL, baru beberapa hari pulang ke kampung Lambor Kanan, Perak. Keadaan Iman masih begini sehingga kini dengan usus dan hatinya masih terkeluar,hanya pada Disember ini nanti barulah doktor dapat buat keputusan tentang rawatan yang perlu dilakukan kerana keadaan Iman belum lagi mengizinkan untuk membuat sebarang pemedahan kerana kedudukan hati yang dekat dengan jantung dan selaput hati yang terlalu nipis dan mudah pecah. Ini mungkin akan memberikan risiko yang tinggi kepada Iman. Kos perubatannya juga amat tinggi. Cubalah anda bayangkan bagaimanalah keadaan sikecil yang tak mengerti ape2 dan hanya tangisan dapat menzahirkan kesakitan yang dialaminya.

Hati saya tergerak membuat entry ini kerana tahu insyallah ada ramai diluar sana yang perihatin dan bermurah hati untuk membantu sikecil ini.

Oklah sue ceritakan sedikit sebanyak tentang kawan sue ini . Dia adalah kawan baik Sue dari sekolah tadika sehinggalah ke sekolah menengah, kami selalu duduk sekelas dan duduk berdekatan. Kami cuma berpisah bila dia memasuki politeknik dan sue melanjutkan pelajaran di UITM, tapi kami masih menghubungi satu sama lain, bertemu bila ada kelapangan. Saya biasa memanggilnya dengan gelaran Kak Yong, disebabkan dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Alhamdullillah bersyukur dapat seorang kawan yang baik sepertinya, kerana dizaman persekolah kami saling bantu membantu dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki Sek. Men. Teknik bersama-sama dan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Semenjak mengetahui keadaan Baby Iman, sue selalu menghubungi Kak Yong. Sue telah hubunginya hari ini untuk mengetahui keadaan iman dan amat terkejut kerana mendapat tahu bahawa ayah Iman telah dimasukkan ke hospital kerana mungkin mengalami masalah otak. Semenjak pulang dari HKL menemani iman tempohari, dia mengadu pandangannya kabur. Sekarang Iman hanya ditemani ibu, adik beradiknya dan neneknya sahaja dirumah.....manakala Ayah Iman berada dihospital Teluk Intan. Pada awal tahun depan 2 drp 5 org anaknya akan memasuki Pra Sekolah. Makin bertambahlah kos saraan yang akan ditanggung keluarga Kak Yong dengan keadaan Baby Iman dan suaminya sekarang.
 
Itulah ujian dari Allah untuk Norhayama sekeluarga, semoga dia tabah menghadapinya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun sue belum mempunyai anak, sue faham macam mana perasaan seorang ibu bila melihat keadaan anaknya sebegitu rupa dan dalam masa yang sama  perlu menjaga anak2 yang lain. Bak kata org, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.....

Jika ada sesiapa yang sudi memberikan sumbangan boleh menghubungi Sue atau terus kepada Norhayama Ramli, sue sertakan detail nya :

Nama : Norhayama Ramli
Akaun No. : 08086020105526 ( Bank Islam )
No Tel : 013-5208980
kampung Tua, Batu 16, 
32900 Lambor Kanan, Bota , Perak

atau 

Suhaila Jamunai
114487080214 ( Maybank)
012-2773546

Sumbangan anda adalah amat Sue dan Kak Yong hargai. Hanya Allah dapat membalas budi baik semua yang sudi membantu...Insyallah.....

UPDATE :

3/11/2011 - Baby Iman Syafiq berada dirumah dengan ditemani nenek, kakak dan abgnya. Manakala Kak Yong menemani suaminya mendapat rawatan lanjut di Hospital Ipoh....Kak yong menharapkan agar suaminya cepat sembuh kerana hanya suaminya tempat dia bergantung harap untuk menemaninya nanti menguruskan Iman Syafiq untuk mendapat rawatan susulan dimasa akan datang....semoga suaminya cepat sembuh....Walaupun masih dalam pantang, Kak Yong gigih menguruskan keluarganya...

05/11/2011 - Baby Iman Syafi dan keluarga nya diziarahi oleh YB Nizar Zakaria bersama Skuad Sayang. Terima kasih diatas keperihatinan Yb dan org2 Kg Lambor Kanan, kerana semuanya ikhlas membantu.....





13/11/2011 - Hari ni sue sempat melawat Kak Yong & Baby Iman Syafiq sambil memberikan sumbangan yang setakat ini sue dapat kumpulkan. Keperihatinan hamba2 Allah yang lansung tidak mahu dikenali.....Alhamdullilah, semoga semua yang telah memberikan sumbangan akan diberkati allah selalu dan semoga Allah membalas setiap kebaikan yang mereka lakukan.....Amin.....

Alhamdullilah baby Iman sihat, walaupun lukanya masih belum sepenuhnya sembuh. Bahagian Usus dan Hati yg terkeluar dijaga dengan rapi agar tidak berlaku ape2 infection dilukanya. Ayah baby Iman jugak semakin pulih daripada strok matanya selepas beberapa kali mendapatkan rawatan Specialist di KPJ Ipoh.....Kak Yong masih didalam pantang dan insyallah pada 26hb ini akan membuat majlis cukur jambul selepas tamat tempoh pantangya nanti.....

Sebelum pulang sempat sue mengucup dahi baby iman yang sedang nyenyak tidur tiba2 baby Iman tersenyum dengan matanya tertutup.....bila sue menyatakan Sue nak pulang tiba2 baby Iman membuat riak muka sedih.....tersentuh hati ini.....Semoga Baby Iman cepat2 sembuh dan sihat seperti baby yang lain.....




17/11/2011 - Hari ini Kak yong memaklumkan Sue bahawa, Dato Hj. Zaim ( Adun Parit ) telah menjenguk Kak Yong sekeluarga dengan diiringi wakil dari RTM dan Wanita Umno. Beliau telah sudi membiayai kos untuk perubatan Baby Iman dan Suami Kak Yong....Alhamdullilah....Besama2lah kita berdoa agar Baby Iman cepat sembuh....Amin...

 
 Sila klik link dibawah untuk maklumat yg lebih lanjut

29/11/2011 - Hari ini cerita Baby Iman keluar di Harian metro dimuka surat 8.


02/12/2011 - Hari ini Baby Iman berada di HKL untuk mendapatkan rawatan susulan dari pakar di sana....Baby Iman tidak berpa sihat, kerana demam dan batuk. Doktor menasihat kan supaya Baby Iman dimasukkan hospital di HKL tetapi Kak Yong meminta agar Baby Iman dimasukkan di Hospital Manjong atau pun hospital Changkat Melintang supaya mudah untuk keluarganya melawat baby Iman. Untuk makluman Baby Iman akan dimenjalani pembedahan pada 13/02/2011 di HKL. Doaknlah agar Baby Iman selamat menjalani pembedahan tersebut dan semoga cepat sembuh....



Blogger2 yang sudi menghebahkan kisah Baby Iman.... : 

3 comments:

  1. Assalamualaikum..sy bersimpati dgn k.yong. Sy juga pernah memiliki anak yg bermasalah ttp Tuhan lebih syg kn dia. Bby Zara pergi meninggalkan kami slps 2 jam dilahirkan. Sy pernah berniat utk membantu anak2 yg mempunyai maslah kesihatan krn sy tahu perasaan seorg ibu bila mengetahui & melihat anknya dlm penderitaan. Insyaallah, kalau x bnyk smoga sumbangan sy nnt akan sedikit membantu k.yong n keluarga. Nnt dh bank in sy sms awk ye..Zaidah

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Pn Zaidah....Takziah buat pn dan keluarga...semoga tabah mengharungi ujian tuhan...insyallah anak pn aman disana....saya pun buat entry ni kerana rasa simpati terhadap keadaan kwn baik saya, kerana saya tahu, x byk yg saya dapat bantu.....dia x minta pun saya hebahkan, mungkin rasa segan memohon sumbangan dari luar....tp dalam keadaan macam ini saya rasa tiada ape yg perlu dimalukan, jika ada yang ikhlas membantu.....insyallah dengan sumbangan yang diperolehi dapat membantunya meringankan beban yang ditanggung....

    ReplyDelete
  3. Buat kak yong n man byk2 bersabo,ini semua ujian dr Allah swt utk kite...kak yong ni adalah kwn sekolah teman dulu.dok 1 kelas ms tgktn 1 smpi tgktn 2.rajin juge le teman ngaca die,maklum le ms sek. dulu teman ni diketogeri bdk sek paling "baik"...husband nye plk kawan teman mase sekolah smpi le sekarang dah kawin...teman doakan baby iman sehat selalu,dan buat kak yong n man tabah dlm ujian ini...pd yg membantu kawan teman ni Allah swt je yg dpt membalas budi tuan puan...(your pren Wan Bari)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...